22.11.12

Tamat Sesi Pembelajaran

Episod Terakhir

Berakhir sudah kelas pembentangan blog-blog kawan dalam kelas ini..

OK,.Blog nie dah boley dibekukan...Freeze!!!!!

thanx cikgu-cikgu...thanx kawan-kawan


Selamat Maju Jaya




cik malesa
malesa@mkm.edu.my
09-2506529

Kembara Ke Pulau Di Terengganu

Episod 6


Terengganu sememangnya diketahui ramai mempunyai koleksi pulau-pulau yang indah lagi mempesona. Pulau-pulau di Terengganu sering menjadi pilihan utama sebagai destinasi pelancongan. Ya, nae tahu akan fakta itu..=)
Tapi yang menjadikan nae sedikit geli hati, nae orang Terengganu dan  satu pun pulau-pulau kat negeri nie nae tak pernah jejak lagi..huhu..okkeh..kumpul duit sekarang..Jom ke pulau!!!! =)

Antara pulau-pulau yang terdapat di sana ialah Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Gemia, Pulau tenggol.

Pulau Redang

Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Kawasan Pulau Redang telah digazetkan sebagai taman laut dan antara yang terbaik di Malaysia. Pulau ini boleh diakses melalui jeti Merang di daerah Setiu.

Pulau Perhentian

Terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur. Boleh diakses melalui jeti Kuala Besut.

Pulau Kapas

Pulau Kapas merupakan tempat menarik untuk berenang, bermain kayak, snokerling, diving dan wind surfing. Untuk ke pulau ini hanya mengambil masa selama 10-30 minit dari jeti Marang.

Pulau Gemia

Pulau Gemia, sebuah pulau kecil yang bersebelahan dengan Pulau Kapas. Pulau ini baru mendapat tempat dalam industri pelancongan di Malaysia. Setiap tahun, pulau ini akan menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur.


Pulau Tenggol

Pulau Tenggol menjadi syurga buat penggemar aktiviti menyelam kerana keindahannya. Terletak kira-kira 45 minit dari jeti Kuala Dungun.

Bahan-bahan Yang Dapat Digunakan Semula

Episod 5



Beg jinjing (beg plastik) dan beg ikatan berpintal. 
Beg jinjing (beg plastik) boleh digunakan semula sebagai beg untuk membuang sampah sisa dapur di rumah. Beg kertas berguna sebagai kertas pembalut dan beg ikatan berpintal boleh digunakan untuk mengikat wayar komputer. 



Dengan melekatkan label baru pada alamat penerima anda dapat menggunakan semula sampul surat tersebut. Sampul surat yang lama boleh juga digunakan semula sebagai kertas untuk membuat nota.






Bekas botol kaca dan pasu. Dengan membersihkan botol kaca dan pasu kecil, anda boleh menggunakannya semula sebagai bekas makanan atau untuk menyimpan barang – barang lebihan yang tidak diperlukan.  





 Surat khabar, kertas kadbod dan pembalut beg udara (bubble wrap). Boleh digunakan untuk membungkus barang – barang apabila berpindah rumah atau untuk menyimpan barang – barang yang mudah pecah. Kertas-kertas terpakai. Boleh digunakan untuk membuat nota dan lakaran. Jangan lupa untuk mengitar semula apabila anda tidak memerlukannya lagi!




 Pakaian lama. Boleh dijadikan bahan tekstil lain seperti alas kusyen ataupun sarung tangan dapur.






 Tayar. Tayar – tayar lama / buruk boleh dikitar semula atau untuk dijadikan buaian atau hiasan di taman permainan kanak-kanak.









 Kayu-kayu terpakai. Boleh digunakan sebagai bahan kraftangan untuk membuat objek seperti rak rempah atau sangkar burung atau juga boleh digunakan sebagai kayu api.


Kepentingan Kitar Semula


Episod 4


Kitar semula memberi banyak manfaat kepada kita. Antaranya seperti:

21.11.12

Bila Nae Berbicara



Episod 3


Dengan nama Mu, nae memulakan bicara
bicara tentang apa saja 
dari kacamata nae
dan 
dari kacamata sesiapa saja yang memandang

Indahnyanye kan..?
 bila Allah memberi nikmat penglihatan
walaupun nae ni si rabun jauh..tapi nae harus
bersyukur..bersyukur dan terus bersyukur =)






Pengisian Ilmu


Episod 2

Ilmu itu sangat luas
seluas bendang yang sedang menguning kehijauan yang terdampar hebat di Negeri Jelapang padi
Ilmu itu sangat banyak
sebanyak air yang mengalir tenang di lautan yang membiru
Ilmu itu ada di mana-mana
umpama manik-manik embun pagi di atas dedaun pepohonan


stop...!!!
..best laa pulok mereka2 ayat puisi neh..hehe..yang sebenarnya..nae nak bagitahu..jauh tau nae belajar nak buat blog neh..bila adik ajar..selalu aje lupa...bila kawan ajar..lambat pulak nae pick up..adoiiiiii...

jadinya
dari Kuala Terengganu ke Bandar Bera
nae menuntut ilmu blog..

yeahhh...akhirnya...
blog neh terhasil jugak sewaktu sesi pembelajaran..
semoga ku setia berblog..jangan jadi sarang labah2 sudah...hehe

Terima Kasih Cikgu2 ( Cik Malesa & Cik Maisarah)


 




Kursus Asas Membangunkan Blog

Episod 1

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera

Blog Kembara Alam ini dihasilkan 
atas tujuan pembelajaran semata-mata.

Nama Kursus: Asas Membangunkan Blog

Anjuran : Maktab Koperasi Malaysia (MKM)

Tempat: MKM Bandar Bera, Pahang

Tarikh: 20/11/12 - 22/11/12