Alam itu Indah..selagi nyawa masih dikandung badan..hargailah ia. sayangilah ia..berjanjilah untuk setia menyayangi alam ciptaan Ilahi..
Tips Mengembara
Tip mengembara
Berikut adalah beberapa tip untuk anda ikuti:
1. Buat Kumpulan Pengembaraan
Elakkan berjalan bersendirian kerana ia adalah lebih baik untuk mengembara di dalam satu kumpulan.
2. Tidak Perlu Menjadi Seorang Yang Baik
Jangan sesekali menawarkan diri atau menerima sesiapa sahaja untuk membawa apa-apa barangan anda. Kerana ada kemungkinan anda boleh menjadi mangsa jenayah.
3. Pastikan Lokasi Anda SentiasaDiketahui
Sekurang-kurangnya ada seseorang di rumah yang mengetahui kedudukan anda.Dengan teknologi terkini anda boleh meng-updatestatus melalui Facebook, Twitter, Foursquare ataupun menghantar emel.
4. Merosakkan Barangan Anda Sedikit
Barang yang baru lebih menarik minat si pencuri.
Oleh itu adalah lebih baik membawa barang atau beg yang sudah lama digunakan. Anda akan kelihatan seperti pengembara yang berpengalaman dan ini juga akan menghalang si pencuri. Ketika menaiki bas atau kenderaan awam adalah lebih baik untuk sentiasa berada dengan bagasi anda.
5. Simpan Jurnal Perjalanan
Tidak perlu untuk menulis dalam buku yang tebal. Sebaliknya dengan teknologiyang ada, simpan kenangan anda dengan aplikasi mudah alih percuma menggunakan Smartphone seperti iPhonedan Blackberry.
6. Dompet Pengembaraan
Semua dokumen perjalanan dan wang tunai andamesti berada dengan anda sepanjang masa. Tetapi pastikan dompet anda adalah sesuai untuk pengembaraan. Buat beberapa salinan dokumen perjalanan anda untuk keselamatan.
7. Mengemas Dengan Bijak
Adalah lebih baik anda mengulung daripada melipat kerana ini boleh mengelakkan baju menjadi renyuk. Pastikan beg anda mempunyai zip berkunci dan padlock untuk keselamatan. Dan simpan kunci ada ditempat yang mudah diingati. Tips yang lebih baik lagi ialah dengan menyusun barang anda mengikut keutamaan keperluan.
8. WangTunai
Pastikan anda mempunyai wang yang cukup untuk mengembara. Dan jangan lupa untuk menukar kepadamata wang yang tepat.
9. Barang Yang Penting
Antara item-item penting yang perlu dibawa ialah:
a) Flip flop
b) Sarung bantal
c) Dompet tambahan – Ini untuk mengelakkan risiko daripada si penyeluk. Jadi, bahagikan wang anda kedalam dompet yang berbeza untuk mengurangkan risiko.
d) Tisu basah
e) Beg jimat ruang
10. Beg
Tidak perlu untuk membawa seluruh barang ke dalam beg anda. Tetapi pastikan anda membawa beg yang selesa dan tahan lasak. Ambil perhatian terhadap saiz anda kerana sesetengah beg adalah terlalu besar untuk anda bawa masuk ke dalam kabin. Jangan lupa untuk label yang membolehkan anda mengenalpasti bahawa beg itu adalah milik anda
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment